Pendidikan Muzik merupakan satu mata pelajaran yang membantu membina dan mengembangkan kualiti muzikal seperti sensitiviti muzikal, kreativiti dan daya inovatif dalam diri individu. Mata pelajaran ini lebih menegaskan pada aspek pengetahuan dan kemahiran asas sebagai persediaan yang merangkumi Teori Muzik, Vokal dan Kemahiran Muzik, Kemahiran Instrumental, Eksplorasi Muzik dan Apresiasi Muzik. Disamping itu ianya juga menerapkan nilai murni seperti keyakinan diri, berdikari, daya tahan, komitmen dan semangat bekerjasama. Pelajar perlu didedahkan pada aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera dan dapat meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimun, menyeluruh dan menyeronokkan.
Bagi memantapkan lagi pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Muzik, Kerja Kursus ini dibahagikan pada sub tugasan yang menjurus pada hasil pembelajaran dalam Pendidikan Muzik.
Sub Tugasan
- Mengenal pasti persembahan Muzik Malaysia / Muzik Rakyat / Muzik Sabah atau Muzik Sarawak seperti:
Muzik Klasik
i. Joget Gamelan
ii. Nobat
Muzik Seni Lakon
i. Mak Yong
ii. Wayang Kulit
iii. Cak Lempong
Ensembel
i. Kulintangan (Sabah)
ii. Engkeromong (Sarawak)
Membuat satu laporan lengkap tentang Muzik Malaysia / Muzik Rakyat / Muzik Sabah atau Muzik Sarawak secara bertulis dari segi:
- sejarah asal usul;
- peranan muzik dalam masyarakat;
- alat muzik;
- peranan ahli-ahli dalam kumpulan muzik;
- ciri-ciri muzik;
- konsep muzik; dan
- gaya muzik.