TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK WAJ3107 (2010)

Posted on 30 Januari 2011 in SOALAN TUGASAN by mozais

Seni dalam Pendidikan merupakan satu mata pelajaran yang meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan serta konsep Seni dalam Pendidikan.  Mata pelajaran ini lebih menegaskan pada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.  Disamping itu ianya juga menyentuh perasaan/estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi.  Pelajar perlu didedahkan pada aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera dan dapat meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimun, menyeluruh dan menyeronokkan.

Bagi memantapkan lagi pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap mata pelajaran Seni dalam Pendidikan, Kerja Kursus ini  dibahagikan pada beberapa sub tugasan yang menjurus pada elemen-elemen serta konsep Seni dalam Pendidikan.

Sub Tugasan

  1. Menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian yang menghubungkait dan mengintegrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan melalui pengajaran mikro.
  2. Membuat satu laporan lengkap tentang konsep dan tatacara membuat persembahan Seni dalam Pendidikan secara bertulis yang menggunakan Pendekatan Bertema dalam mata pelajaran Seni Visual, Muzik dan Pergerakan berdasarkan:
    1. Tema Persekitaran Sosial, atau
    2. Tema Persekitaran Alam Semulajadi, atau
    3. Tema Masyarakat; atau
    4. Tema Komunikasi.



Post a comment

You must be logged in to post a comment.